Rogol anak kembar ketika isteri bekerja luar negara

Rogol anak kembar ketika isteri bekerja luar negara
Rogol anak kembar ketika isteri bekerja luar negara

Suspek dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sejak mangsa berusia 12 tahun sehingga kini berumur 15 tahun. Foto hiasan

JAKARTA – Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan polis di Indramayu selepas didakwa merogol dua anak perempuan kembarnya sendiri dalam tempoh beberapa tahun.

Menurut laporan Kompas.com, suspek yang dikenali sebagai MJ dipercayai melakukan perbuatan terkutuk tersebut sejak mangsa berusia 12 tahun sehingga kini berumur 15 tahun.

Ketua Polis Indramayu, Mochamad Fajar Gemilang berkata, suspek bertindak demikian kerana kesepian selepas isterinya bekerja di luar negara sebagai pekerja migran Indonesia (TKW) di China.

Malah, suspek mendakwa anak-anaknya menyerupai ibunya dan memaksa mereka ‘menggantikan peranan’ isterinya.

“Saya ayah kandung melakukan perbuatan itu kerana anak mirip ibunya yang bekerja di luar negara,” katanya memetik pengakuan suspek pada Jumaat.

Siasatan mendapati kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 15 tahun, pernah menolak perbuatan tersebut, namun diugut akan dibunuh jika enggan menuruti kehendak suspek.

Perbuatan itu dilakukan berulang kali sejak mangsa berada di bangku sekolah rendah, kira-kira tiga tahun lalu.

Menurut pihak polis, kes itu terbongkar selepas mangsa memberanikan diri menceritakan kejadian kepada ibu dan ahli keluarga lain.

Maklumat tersebut kemudian disalurkan kepada pihak berkuasa sebelum siasatan dijalankan dan suspek berjaya ditahan.

Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank kini direman bagi membantu siasatan lanjut.

Pihak polis turut memberi jaminan bahawa kebajikan serta perlindungan terhadap mangsa akan diberi keutamaan sepanjang proses siasatan dan perbicaraan.

Kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang jenayah di Indonesia, termasuk Pasal 473 ayat (9) KUHPidana.

Jika disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara sehingga 12 tahun, yang boleh ditambah satu pertiga kerana jenayah dilakukan terhadap anak kandung sendiri.

Pihak berkuasa menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku jenayah seksual, khususnya yang melibatkan ahli keluarga, selain menggesa masyarakat agar segera melaporkan sebarang salah laku. -Agensi

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki di Indramayu ditahan atas dakwaan merogol dua anak perempuannya yang kembar selama beberapa tahun
  • Suspek melakukan perbuatan tersebut sejak anak-anak berumur 12 tahun hingga kini 15 tahun
  • Pelaku bertindak demikian kerana merasa kesepian selepas isterinya bekerja sebagai TKW di China
  • Mangsa yang berusia 15 tahun pernah menolak namun diugut akan dibunuh
  • Kes terbongkar setelah mangsa menceritakan kejadian kepada ibu mereka dan suspek kini direman untuk siasatan lanjut
Scroll to Top