Rompakan nelayan di perairan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kunak: Empat nelayan dirompak sekumpulan lelaki dan diacukan pistol dalam kejadian di perairan berhampiran Pulau Burung di sini, awal pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika 4 nelayan terbabit menangkap ikan sebelum didatangi sebuah bot laju yang dinaiki 3 lelaki.

Seorang daripada suspek kemudian mengacukan pistol ke arah mereka dan mengugut untuk merampas enjin bot yang berada dalam bot mangsa.

Bimbang perkara buruk berlaku ke atas mereka, mangsa kemudian menuruti permintaan kumpulan terbabit.

Selain enjin bot, difahamkan antara barangan yang dirompak, termasuklah hasil tangkapan ikan, tong minyak dan beberapa telefon bimbit milik mangsa.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Ahmad Fuad Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Malay News
Farah Fauzi