Ronaldo cukup mengagumkan – Ten Hag

Ronaldo cukup mengagumkan – Ten Hag

LONDON – Pengurus Manchester United, Eric ten Hag percaya lebih banyak akan muncul daripada Cristiano Ronaldo selepas pemain itu menjaringkan gol ke-700 peribadinya di peringkat kelab bagi membantu pasukan itu kembali ke landasan kemenangan.

Pengendali dari Belanda itu kagum dengan kemampuan ketua pasukan Portugal itu yang merakamkan jaringan kemenangan pada babak pertama.

“Ia cukup mengagumkan apabila anda menjaringkan 700 gol, ia adalah satu persembahan yang hebat.

“Saya sangat gembira buatnya, saya ingin mengucapkan tahniah atas prestasi itu dan saya juga gembira ia adalah gol pertamanya musim ini dalam liga.

“Dia terpaksa menunggunya dan saya pasti akan ada lebih banyak lagi gol yang menyusul. Saya fikir setiap pemain memerlukannya walaupun anda adalah yang terbaik di dunia, anda memerlukannya, anda memerlukan gol,” katanya.

Selepas dimalukan Manchester City minggu lalu, The Red Devils mendaki tangga kelima berikutan kemenangan kelima dalam enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam.

Namun pelawat terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal di Goodison Park selepas rembatan Alex Iwobi dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol, David De Gea.

Namun, anak buah Ten Hag segera mengimbangi kedudukan 1-1 melalui Antony sebelum pengumpannya, Anthony Martial, terpaksa digantikan dengan Ronaldo akibat masalah belakang. – MalaysiaGazette