'Ronaldo malukan diri sendiri jumpa Trump'

'Ronaldo malukan diri sendiri jumpa Trump'

London: Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo menerima kecaman pantas di media sosial selepas sesi pertemuannya dengan Presiden Donald Trump.

Imej yang dikongsi di akaun Rumah Putih dan akaun Ronaldo yang menunjukkan mereka berdua beramah mesra dan tersenyum bersama, mencetuskan kritikan.

Kapsyen Rumah Putih yang menggambarkan Trump dan Ronaldo sebagai “Two GOATS” — bermaksud “Terhebat Sepanjang Zaman” mencetuskan gelombang troll.

Pengguna membalas dengan gambar Leo Messi, bintang Argentina yang menjadi pesaing Ronaldo sebagai pemain paling popular dalam sukan itu, serta mengingatkan hanya seorang daripada mereka yang pernah memenangi Piala Dunia (bukan Ronaldo).

Yang lain mengkritik Ronaldo kerana bertemu dengan Trump, menyifatkannya sebagai satu kekecewaan, mengatakan mereka hilang semua rasa hormat terhadapnya dan mendakwa mereka ‘unfollow’ CR7 dengan cepat.

“Malu pada kamu,” tulis seorang pengkritik. Seorang lagi menambah: “Cristiano Ronaldo hanya memalukan dirinya sendiri. Adakah dia fikir dengan melakukan ini dia akan mendapat lebih banyak penyokong?”

“Saya sangat menghormati kamu… tapi tidak lagi,” kata seorang ketiga. “Kamu sepatutnya lebih tahu.”

Ronaldo berada di Rumah Putih ketika lawatan kontroversi Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman ke Washington.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top