Rosmah Mansor Pening Kepala Dan Hidap Kencing Manis

Rosmah Mansor Pening Kepala Dan Hidap Kencing Manis

Datin Seri Rosmah Mansor mengadu pening kepala hari ni. Disebabkan itu, rayuan untuk menggugurkan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan dalam kes projek solar hibrid RM1.25 bilion ditangguhkan lagi.

Perkara itu dimaklumkan peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh kepada mahkamah bahawa anak guamnya terpaksa ke hospital swasta di Kuala Lumpur kerana menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Susulan itu, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersetuju menangguhkan prosiding ke 15 Mei ini.

Pendakwaan tidak bantah penangguhan…

Timbalan Pendakwa Raya, K. Mangai, yang mewakili pendakwaan, tidak membantah permohonan penangguhan tersebut.

Dalam masa yang sama, peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader menyatakan bahawa jika Hakim Mohamed Zaini digugurkan, perbicaraan semula akan dijalankan di hadapan hakim yang baharu.

Untuk rekod, Rosmah sebelum ini merayu agar hakim tersebut digugurkan kerana dikatakan telah mensabitkan beliau bersalah dalam kes rasuah projek solar hibrid melibatkan 369 sekolah luar bandar di Sarawak.


Scroll to Top