JENAMA kelengkapan kediaman utama Malaysia, RUBINE melancarkan rangkaian produk generasi baharu yang direka untuk membantu isi rumah Malaysia menangani kenaikan kos tenaga dan meningkatkan keselesaan gaya hidup moden.
Pelancaran produk diumumkan sempena 2026 Convention & Experiential Event By RUBINE, yang turut menandakan hala tuju baharu syarikat ke arah pembangunan teknologi kediaman lebih pintar bagi memenuhi keperluan isi rumah Malaysia masa kini.
Rangkaian produk baharu itu merangkumi hud dapur ultra senyap 48dB dan sistem pemanas air pintar yang direka bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin mengutamakan kesejahteraan dalam kehidupan harian.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fiamma, Jimmy Tan berkata, pendekatan baharu itu bukan sekadar pembaharuan visual atau pengenalan produk, sebaliknya ia mencerminkan transformasi RUBINE dalam mendefinisi semula kehidupan moden melalui inovasi serta teknologi pintar.

RUBINE melancarkan rangkaian produk kediaman generasi baharu.
Menurutnya, perubahan tersebut bukan sekadar melibatkan pembaharuan visual atau pengenalan produk semata-mata, sebaliknya mencerminkan strategi jangka panjang dalam membangunkan penyelesaian kediaman yang lebih relevan dengan gaya hidup masa kini.
“Produk baharu kami dibangunkan berlandaskan realiti kehidupan harian pengguna daripada pengalaman memasak yang hampir senyap tanpa mengganggu masa bersama keluarga, hingga pemanas air yang mengoptimumkan kecekapan tenaga tanpa menjejaskan prestasi.
“Momentum ini mencerminkan komitmen RUBINE untuk menghasilkan penyelesaian yang intuitif dan bersedia untuk masa hadapan, sekali gus membawa perubahan ketara dalam kehidupan seharian,” katanya.
Antara inovasi utama diperkenalkan iaitu MOOD Cooker Hood, yang dilengkapi teknologi IQ Sync untuk mengesan asap dan aliran udara serta melaras kuasa sedutan secara automatik bagi memastikan udara dapur kekal segar.
Hud dapur itu turut menggunakan teknologi penapisan minyak HEXA (High Efficiency eXtraction Agent) dengan kadar penapisan melebihi 97 peratus, selain beroperasi pada kira-kira 48dB, lebih rendah daripada tahap bunyi perbualan biasa.
RUBINE turut memperkenalkan AXORA All-in-One Microwave Steam Oven yang menggabungkan fungsi ketuhar gelombang mikro, stim, gril dan fermentasi dalam satu peralatan terbina dalam bagi memaksimumkan penggunaan ruang dapur.
Ketuhar berkapasiti 50 liter itu dilengkapi teknologi inverter untuk kawalan suhu lebih tepat serta pemanasan cekap tenaga bagi kegunaan seisi keluarga.
Siri EOS Water Heater turut diperkenalkan dengan sistem Energy Optimisation System (EOS) yang melaras aliran air dan penggunaan tenaga secara pintar bagi mencapai suhu optimum dengan lebih cekap.

Siri EOS Water Heater turut diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin mengutamakan kesejahteraan dalam kehidupan harian.
Model terpilih seperti EOS Prime dan EOS Ultra-Slim turut dilengkapi ciri pertukaran air panas dan sejuk yang direka untuk merangsang peredaran darah serta membantu pemulihan otot, sekali gus memberikan pengalaman kesejahteraan ala spa di rumah.
Selain itu, HAUSTERN yang menampilkan rangkaian sinki, paip dan kelengkapan sanitari, termasuk tandas pintar SYMPHONY bagi memastikan fungsi berjalan lancar dan reka bentuk moden di bilik mandi.
Untuk maklumat lanjut mengenai inovasi terkini dan penyelesaian kediaman RUBINE, orang ramai boleh melayari www.rubine.com.my atau berhubung dengan pengedar sah berhampiran anda.
Ringkasan AI
- RUBINE Malaysia melancarkan rangkaian produk kediaman generasi baharu untuk mengurangkan kos tenaga dan meningkatkan keselesaan
- Produk baharu termasuk hud dapur ultra senyap dan sistem pemanas air pintar yang sesuai untuk gaya hidup moden
- CEO Kumpulan Fiamma, Jimmy Tan, menyatakan pelancaran itu mencerminkan komitmen RUBINE dalam inovasi dan teknologi pintar
- Inovasi utama termasuk MOOD Cooker Hood dengan teknologi IQ Sync dan AXORA All-in-One Microwave Steam Oven untuk penggunaan ruang dapur yang efisien
- Siri EOS Water Heater diperkenalkan dengan sistem Energy Optimisation System untuk penggunaan tenaga yang cekap



