Barcelona: Andrey Rublev bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Hamad Medjedovic 3-6, 6-2, 6-2 dalam aksi separuh akhir, sekali gus mara ke final Terbuka Barcelona, hari ini.
Pemain Rusia itu menempah tiket ke final ke-29 dalam kariernya selepas tampil lebih konsisten di hadapan penyokong di gelanggang utama Rafael Nadal Court.
Rublev akan berdepan sama ada Arthur Fils atau pemain muda Sepanyol, Rafael Jodar yang bertarung dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Fils kini berada dalam prestasi baik selepas kembali daripada kecederaan panjang, termasuk muncul naib juara di Doha tewas kepada Carlos Alcaraz.
Sementara itu, Jodar, 19, mencuri tumpuan apabila memenangi semua tiga perlawanannya minggu ini dalam straight set, termasuk menewaskan pemain ranking ke-24 dunia, Cameron Norrie.
© New Straits Times Press (M) Bhd




