Pempengaruh, Aisyah Hijanah kata yang dirinya mempunyai cara tersendiri untuk menjaga hari daripada terus bersedih sekiranya ditinggalkan suami atas urusan kerja.
BACA: Aisyah Hijanah Beri Pesanan Buat Kaum Wanita Untuk Cari Calon Suami
Menurut laporan mStar, Aisyah berkata yang dia belajar untuk menyayangi diri sendiri dulu sebelum mengutamakan kebahagiaan suaminya, Alif Teega dan perkara ini dikongsikannya menerusi Instagram.
Bila hati kita attach kepada suami, memang kita akan sakit bila kita nampak dia keluar, lagi-lagi kita tahu tujuan dia.
Tetapi, bila kita kurangkan sikit sayang kita dan reset hati kita. Sayang Allah dulu, sayang diri dulu baru suami, barulah kita akan okay sedikit.
Aisyah juga ada memuat naik satu video menunjukkan apa rutin harian yang dirinya lakukan apabila suaminya keluar bekerja.
Kalau korang tengok kapsyen, isteri kepada Alif Teega itu menasihati orang ramai untuk menjaga hubungan dengan Tuhan berbanding fokus kepada cinta manusia yang tidak kekal.
Aisyah juga percaya yang perasaan cinta terlalu dalam kepada manusia hanya memakan diri sendiri sampai boleh bertindak luar kawalan.
Rugilah, kalau hancur untuk manusia. Allah bagi kita akal yang sihat, wajah yang cantik, tubuh yang sihat, last-last kita hancur kerana manusia.
Memang susah, sebenarnya orang yang kita sayang bukannya istimewa sangat pun, tetapi ‘cinta’ yang kita bagi terlalu besar sehingga kita nampak dia istimewa.
Yang patut kita dahulukan dan fokus adalah hubungan dengan Allah. Fokus perbetulkan balik hubungan dengan Allah.





