Ruhainies Curi Perhatian Netizen Ketika Hadir Majlis

Ruhainies Curi Perhatian Netizen Ketika Hadir Majlis

Pelakon cantik, Ruhainies sekali lagi jadi bualan ramai. Tapi kali ini bukan sebab gosip atau kontroversi, sebaliknya penampilan sopan dan sederhana ketika hadir majlis ilmu.

Menerusi satu video pendek di TikTok, Ruhainies dilihat duduk semeja bersama dua lagi selebriti terkenal, Nora Danish dan Betty Rahmad.

Ruhinies bertudung hitam, tasbih digital di jari…

Ruhainies

Apa yang menarik perhatian netizen adalah penampilannya yang lengkap bertudung hitam serta mengenakan jubah bercorak.

Lebih menarik, Ruhainies kelihatan tenang sambil memegang tasbih digital di jarinya ketika berada dalam majlis ilmu bersama Ustaz Wadi Anuar.

Hadir majlis ilmu bersama rakan selebriti lain…

Ruhainies

Ramai dalam kalangan netizen yang meninggalkan komen positif. Rata-ratanya memuji penampilan Ruhainies yang manis dan sopan, selain mendoakan agar pelakon berusia 32 tahun itu kekal istiqamah mendalami ilmu agama.

Selain Ruhainies, antara selebriti yang turut hadir dalam majlis ilmu itu ialah Nora Danish dan Betty Rahmad, menjadikan suasana lebih istimewa dan meriah.

Walaupun hanya berdurasi sembilan saat, video tersebut cukup untuk menunjukkan sisi baru Ruhainies yang lebih mendamaikan.

Pssttt! Kalau selama ini kita kenal Ruhainies sebagai pelakon yang penuh gaya, kali ini kita dapat lihat sisi berbeza. Lebih tenang, sopan dan dekat dengan ilmu agama. Semoga Ruhainies terus diberi kekuatan untuk kekal istiqamah dan jadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana. Kadang-kadang perubahan tak perlu drastik, cukup bermula dengan langkah kecil yang ikhlas.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top