Pelakon sensasi, Ruhainies mengakui dirinya kini dalam mencapai misi berselawat sebanyak 1,000 kali sehari selama 40 hari.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Ruhainies berkata dia sudah 18 hari konsisten berselawat.
“Saya dalam misi selawat 1,000 sehari selama 40 hari. Hari ini baru hari ke-18. Jom buat sama-sama. Kita perempuan kalau ‘cuti’ pun boleh selawat,” tulisnya.
Ruhainies berkata demikian ketika menjawab pertanyaan salah satu pengikuntya di IG menerusi pautan Ask Me A Question.
Individu tersebut bertanya mengenai zikir yang sentiasa diamalkan oleh aktres ini.

Sebelum ini, Ruhainies menafikan khabar angin mendakwa dirinya berkahwin dengan aktor, Zul Ariffin.
Artikel Berkaitan: Didakwa Sudah Berkahwin Dengan Zul Ariffin, Ruhainies Harap Netizen Tak Tertipu – “Harap Berbahagia & Halal Hasilnya”




