“Rumah Agak Jauh Dan Dalam” – Anak Kena Sawan, Ibu Sanggup Kayuh Basikal Jemput Ambulans Ke Rumah | Oh! Media

“Rumah Agak Jauh Dan Dalam” – Anak Kena Sawan, Ibu Sanggup Kayuh Basikal Jemput Ambulans Ke Rumah | Oh! Media

Kasih seorang ibu sanggup melakukan apa je demi anak. Itulah yang dapat dikatakan apabila melihat video tular di media sosial ini.

Dalam perkongsian itu, dilihat seorang ibu mengayuh basikal dalam gelap untuk menjemput ambulans datang ke rumah.

Difahamkan, ibu ini menghubungi talian kecemasan selepas anaknya terkena sawan. Tetapi ambulans tidak menjumpai rumah menyebabkan si ibu keluar ke lokasi (landmark) yang diberi ambulans.

@danialhaikall_

terima panggilan kecemasan dari hospital (sawan).. tibaNya di lokasi (landmark) kami inform caller utk jemput kami di tempat tersebut sebab nak cari rumah caller susah. Dalam masa yg agak lama hampir 15-20 minit tunggu caller dtng kami agak terkejut sbb ibu ini datang dengan berbasikal sambil tercungap2 dan berkata maaf lambat .Lalu ia tunjukan kami jalan untuk kerumahNya .Saya cuba pujuk dia untuk naik ke ambulan & saya yg bawa basikal tu tapi dia xmau ..Ibu tu kata xpa2 saya boleh kayuh .kami pon ikod la ibu tu .Rumah agak jauh dan agak dalam di ladang kelapa sawit .. Saya yg d dlm ambulan ni pon sebak tengok ibu ni sanggup kayuh dalam gelap untuk anak yang tengah sakit 😔😔😔😔😭😭😭😭

♬ Arief_Bersama menggapai impian – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Menurut pengguna TikTok @danialhaikall_, si ibu tiba di lokasi (landmark) tersebut selepas 15 minit dalam keadaan tercungap-cungap.

Si ibu meminta maaf kerana lambat dan terus menunjukkan jalan ke rumah. Rupa-rupanya rumah si ibu jauh ke dalam di sekitar ladang kelapa sawit.

Terima panggilan kecemasan dari hospital (sawan). Tibanya di lokasi (landmark) kami inform caller untuk jemput kami di tempat tersebut sebab nak cari rumah caller susah. Dalam masa yang agak lama hampir 15-20 minit tunggu caller datang kami agak terkejut sebab ibu ini datang dengan berbasikal sambil tercungap-cungap dan berkata maaf lambat. Lalu ia tunjukkan kami jalan untuk kerumahnya. Saya cuba pujuk dia untuk naik ke ambulan dan saya yang bawa basikal tu tapi dia tak mau. Ibu tu kata tak apa saya boleh kayuh. Kami pun ikut la ibu tu. Rumah agak jauh dan agak dalam di ladang kelapa sawit, Saya yang di dalam ambulan ni pun sebak tengok ibu ni sanggup kayuh dalam gelap untuk anak yang tengah sakit.

Melihat situasi tersebut, petugas dalam ambulans meluahkan rasa sebak dengan pengorbanan yang dilakukan ibu demi memastikan anaknya mendapat rawatan sewajarnya.


Scroll to Top