am@hmetro.com.my
Semporna: Sembilan sekeluarga menempuh detik cemas apabila rumah mereka di Kampung Air, di sini roboh, tengah hari tadi.
Kejadian pada 1 tengah hari itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 1.11 tengah hari.
Katanya, ketika anggota tiba, sebuah rumah atas air roboh dan operasi menyelamat segera dijalankan.
“Semua mangsa iaitu seorang lelaki bersama tiga wanita dewasa serta lima kanak-kanak berjaya diselamatkan. Mereka dipindahkan ke balai raya kampung terbabit,” katanya dalam kenyataan.
Operasi tamat pada 2.59 petang.
© New Straits Times Press (M) Bhd




