Rumah Cucu Tun Mahathir Dipecah Masuk, Rugi RM1.8 Juta! | Trending – Oh! Media

Rumah Cucu Tun Mahathir Dipecah Masuk, Rugi RM1.8 Juta! | Trending – Oh! Media

Trending

Kediaman cucu Tun Mahathir di Bukit Ledang dipecah masuk, RM1.8 juta barang kemas hilang.


Satu kejadian pecah masuk mengejutkan berlaku di Bukit Ledang, Kuala Lumpur apabila kediaman cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan dipecah masuk pencuri pada kelmarin.

Menurut laporan Harian Metro, insiden disedari sekitar jam 3 petang apabila pembantu rumah menghubungi mangsa dan memaklumkan bahawa pintu pagar belakang telah dipotong dan bilik utama telah diceroboh.

Barang kemas cucu Tun Mahathir bernilai RM1.8 juta hilang

Emas
Gambar Hiasan

Mangsa kemudian membuat semakan dan mendapati barang kemas bernilai kira-kira RM1.8 juta telah lesap dari biliknya.

Mangsa mendapati terdapat kesan pecah masuk di biliknya sebelum menyedari beberapa barang berharga hilang.

Suspek masih belum dikenal pasti

Pdrm

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan turut mengesahkan kejadian tersebut.

Kerugian dianggarkan bernilai RM1.8 juta, membabitkan kehilangan barang kemas. Suspek masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti CCTV di lokasi.

Pssttt! Berhati-hatilah walaupun tinggal di kawasan elit. Pastikan sistem keselamatan rumah sentiasa dikemas kini kerana penjenayah kini semakin berani dan licik.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top