Rumah Diserbu Pihak MARA, Che Ta Didakwa Gagal Bayar Hutang Mara Hampir RM1 Juta

Rumah Diserbu Pihak MARA, Che Ta Didakwa Gagal Bayar Hutang Mara Hampir RM1 Juta

Tiada angin tiada ribut, rumah pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan telah diserbu oleh pihak Majlis Amanah Raya (MARA) pada pagi Selasa.

Memetik laporan Kosmo, difahamkan serbuan tersebut dilakukan atas dakwaan mengatakan Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta tidak membayar hutang pinjaman MARA berjumlah hampir RM1 juta.

Namun begitu, ketika serbuan berjalan Che Ta dan suaminya, Zain Saidin tiada di rumah, sebaliknya hanya ibu aktres itu sahaja yang berada di rumah mewah terletak di Kota Damansara itu.

Sejam kemudian, anak lelakinya, Ammar Effendi tiba di kediaman tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Che Ta masih diam membisu dan tidak memberi sebarang respons berhubung dakwaan tersebut.

Sumber: Kosmo

Scroll to Top