Tular di media sosial video tidak senonoh yang didakwa mirip seorang individu. Video tersebut mengundang pelbagai spekulasi sehingga nama YouTuber popular Ammar Nazhan dan pasukannya turut dipetik.
Terbaru, Ammar Nazhan akhirnya tampil membuat penjelasan bagi membersihkan namanya daripada dakwaan tersebut.
“Am tak terlibat, tolong jangan kaitkan nama Am”
Dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Thread miliknya, Ammar menegaskan bahawa dia langsung tidak terlibat dalam isu video berkenaan dan perkara itu berlaku di luar pengetahuan serta kawalannya.

Menurut Ammar, dia faham mungkin ada kekeliruan yang berlaku tetapi berharap orang ramai dapat berhenti daripada terus menyebut atau mengaitkan namanya tanpa sebarang bukti yang sah.
Dalam hantaran sama, Ammar turut menyebut bahawa nama-nama lain seperti Airel juga telah disebut dalam perbualan netizen, dan jika ada penjelasan sebenar, biarlah ia datang dari pihak yang benar-benar terlibat.
“Bukan rumah, tapi studio untuk content”

Ammar turut menjelaskan kekeliruan yang timbul akibat rekaan pejabatnya yang kelihatan seperti rumah.
Menurutnya, ruang tersebut adalah studio rasmi untuk rakaman kandungan dan bukannya tempat tinggal seperti yang disalah anggap ramai.
Ammar juga menegaskan bahawa tempat tinggal lelaki dan perempuan adalah berasingan dan semua penjelasan telah pun dibuat sebelum ini.
Pssttt! Dalam situasi seperti ini, lebih baik kita semua berhati-hati agar tidak menyebarkan tuduhan melulu. Sedikit kelalaian menyebarkan maklumat tak sahih boleh memusnahkan reputasi seseorang.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




