Sebelum ini warga maya telah berteka-teki mengenai isu rumah tangga Baim Wong dan isterinya Paula Verhoeven yang didakwa bergolak.
Persoalan itu telah terjawab apabila pelakon tersebut telah menfailkan penceraian talak terhadap Paula pada Selasa di Pengadilan Agama (PA) Jakarta Selatan.
Menerusi laporan CNA, berita tentang permohonan cerai tersebut telah diketahui melalui sistem Informasi Penelusiran Perkara (SIPP) PA Jaksel atas nama pemohon, Muhammad Ibrahim bin Johnny Djaelani iaitu Baim Wong dan pasangannya Paula Verhoeven binti Eddy Vorhoeven.
Berita tentang konflik rumah tangga mereka telah hangat diperkatakan sejak beberapa bulan yang lalu. Namun, mereka berdua memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan walaupun sudah lama tidak hadir ke majlis bersama-sama.
Ketika ditanya tentang penceraian Baim hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Doakan saja yang terbaik.
Sebelum ini, Baim juga ada mengaku bahawa Paula tidak meminta izin kepadanya untuk menunaikan umrah. Perkara tersebut telah menguatkan kenyataan tentang konflik yang rumah tangga mereka yang sering diperkatakan.




