London: Bekas penjaga gol Chelsea dan Arsenal, Petr Cech mengumumkan bahawa beliau dan isterinya sudah berpisah selepas 26 tahun berkahwin.
Penjaga gol berusia 43 tahun itu memuat naik kenyataan di Instagram untuk berkongsi berita itu kepada peminat.
Cech dan Martina sudah bersama sejak zaman remaja dan bekas isterinya itu sentiasa berada di sisi Cech sepanjang karier bola sepaknya.
Pasangan itu mempunyai dua orang anak bernama Damian, 16, dan Adela Cechova, 17.
Cech membuat pengumuman itu bersama sekeping gambar hitam putih dirinya dan Martina, di mana Martina sedang mencium pipinya.
“Martina dan saya dengan sedih mengumumkan bahawa kami berpisah selepas 26 tahun bersama.
“Kami kekal sebagai sahabat baik dan sangat berbangga dengan dua orang anak kami,” katanya.
Pasangan dari Republik Czech itu pertama kali bertemu di sekolah menengah pada tahun 1999 dan berkahwin pada musim panas 2003.
Kedua-dua anak mereka sedang berusaha mengikuti jejak langkah bapa mereka yang terkenal itu.
Anak perempuan mereka, Adela, bermain sebagai pertahanan untuk pasukan Fulham dan skuad B-17 Republik Czech.
Manakala anak lelaki mereka, Damian, seorang penjaga gol seperti bapanya, sudah menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama Fulham awal tahun ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




