Rupanya Dah Kahwin! Bunga Dah Setahun Bergelar Isteri Kepada Komposer

Rupanya Dah Kahwin! Bunga Dah Setahun Bergelar Isteri Kepada Komposer

Penyanyi rap, Bunga akhirnya mendedahkan dirinya sudah berkahwin pada tahun lalu bersama komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri.

Memetik laporan OhBulan!, Bunga atau nama lengkapnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 24, tidkak berniat untuk merahsiakan perkahwinan mereka, sebaliknya hanya menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. 

“Pernikahan kami sudah pun berlangsung pada tahun lalu. Saya cuma hanya boleh cakap, selepas selesai belajar, rezeki (pernikahan) itu datang lebih awal.

“Saya pun tidak menjangkakannya tetapi saya mahu menghormati keputusan kedua-dua belah keluarga.

“Sebenarnya kami mahu bersederhana sahaja, lebih senang dan tenang untuk menjalani kehidupan seterusnya. Bagi saya kita kena dapat kata persetujuan daripada semua pihak.

“Jadi kami buat keputusan untuk mengadakan majlis secara kecil-kecilan yang diraikan bersama keluarga dan sahabat terdekat sahaja,” katanya. 

Status hubungan pelantun lagu Intan Payung ini mula menjadi buah mulut ramai selepas foto dimuat naik di akaun Instagram suaminya memaparkan mereka tampil berpakaian sedondon ketika menyambut 1 Syawal.

Dalam pada itu, Bunga memaklumkan Azhar menghantar rombongan merisik pada Februari tahun lalu. 

Artikel Berkaitan: Bunga Isme Maklum Sudah Tunang Untuk Jaga Perilaku, Rancang Kahwin 3 Tahun Lagi – “Pendedahan Ini Menjadi Peringatan Agar…”

Artikel Berkaitan: Trending Di Twitter, Ramai Pertikai Kredibiliti Bunga Isme Jadi ‘Opening Act’ Konsert Coldplay

Sumber/Kredit foto: OhBulan!

Scroll to Top