Rupanya deodoran dalam dubur

Rupanya deodoran dalam dubur

Tehran: Lelaki berusia 30 tahun di Iran terpaksa menjalani pembedahan selama dua jam selepas memasukkan botol deodoran ke dalam duburnya,” menurut satu kajian kes ngeri yang diterbitkan menerusi Jurnal Visual Pembedahan Kecemasan.

Menurut doktor yang merawatnya di jabatan kecemasan Universiti Sains Perubatan Tehran, pesakit itu mengalami sakit perut akut akibat kesan keseronokan seksual di dubur melalui apa yang dipanggil foreign body (FB) dalam komuniti perubatan.

Pengarang bersama kajian itu, Dr Seyedhossein Seyedhossieni-davarani, Dr Mahdi Zangi dan Dr Mohammad Eftekhari berkata, alat itu biasanya dimasukkan sendiri menerusi rektum dengan cara yang erotik.

Kata penulis bersama, tiada gejala yang berkaitan seperti loya, muntah, pendarahan rektum atau pergerakan usus yang tidak normal pada awalnya.

Tanda vital pesakit juga normal, dan dia tidak mempunyai sejarah perubatan atau ubat.

Bagaimanapun, lelaki itu dilaporkan mengalami kesakitan yang terlalu teruk untuk penyiasatan rektum standard sehingga pakar bedah terpaksa melakukan sinar-X.

Pakar bedah membuat hirisan pada perutnya dan mengeluarkan botol deodoran.

Pesakit menjalani pemerhatian selama satu hari dan bertemu dengan pakar psikiatri sebelum dia dibenarkan keluar dari hospital.

Jurnal perubatan menunjukkan laporan pertama didokumenkan mengenai pengurusan foreign body dalam rektum bermula pada abad ke-16, manakala laporan kes pertama era moden diterbitkan pada tahun 1919.

Dalam jurnal perubatan, benda asing yang paling biasa ditemukan dalam rektum adalah alat seksual, diikuti dengan botol kaca, makanan dan sayur-sayuran (terutamanya timun) dan objek kayu.

© New Straits Times Press (M) Bhd