Rupanya Fazura Fail Cerai Sehari Sebelum Hari Istimewa Buat Fattah Amin | Oh! Media

Rupanya Fazura Fail Cerai Sehari Sebelum Hari Istimewa Buat Fattah Amin | Oh! Media

Desas desus mengenai konflik rumahtangga Fattah Amin dan Fazura akhirnya terjawab selepas Fazura menfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

BACAFazura Failkan Penceraian Terhadap Fattah Amin

Terbaru! Menurut laporan Oh Bulan, rupanya tarikh Fazura failkan cerai adalah sehari sebelum ulang tahun kelahiran Fattah Amin iaitu pada 14 September.

Kalau korang tengok satu hantaran di Instagram Fazura bertarikh 14 September tahun lepas, nampaklah yang mereka mengadakan majlis kelahiran Fattah yang juga disambut rakan rapat dan juga selebriti lain.

Bukan tu jer, Fattah juga dikatakan tidak menjawab panggilan pihak media untuk mendapatkan respon mengenai perkara yang berlaku ini.

Sebelum ini pernah kecoh apabila ada seorang individu bertanya kepada pelakon jelita itu di mana Fattah Amin sebab dah lama tak berkongsi momen bersama di media sosial.

Tak berdiam diri, Fazura ketika itu membalas komen individu itu dengan berkata yang semuanya berada di rumah dan mereka memilih menjalani hidup secara lebih privasi dan tertutup.


Scroll to Top