Rusia Bantu Iran Serang Aset Tentera Amerika Syarikat

Rusia Bantu Iran Serang Aset Tentera Amerika Syarikat

Oh! Tidak

Rusia didakwa beri maklumat risikan satelit kepada Iran untuk serang aset tentera Amerika Syarikat di Asia Barat.


Amerika Syarikat kini berdepan satu lagi pendedahan besar apabila Rusia didakwa membantu Iran dalam serangan terhadap aset ketenteraan mereka di Asia Barat.

Menurut laporan The Washington Post, maklumat tersebut datang daripada sumber rapat perkhidmatan risikan yang mendakwa Kremlin memberikan data penting tentang lokasi dan pergerakan tentera Amerika Syarikat.

Rusia didakwa kongsi maklumat risikan kepada Iran

Dalam laporan itu, Rusia dipercayai menyalurkan pelbagai maklumat risikan yang membolehkan Iran menyasarkan kapal perang, pesawat dan aset tentera Amerika Syarikat di Asia Barat.

Maklumat yang dikongsi pula bukan sebarangan kerana ia termasuk gambar daripada satelit canggih milik Rusia. Perkara ini sekali gus memberi gambaran tentang tahap kerjasama ketenteraan antara Moscow dan Teheran.

Pendedahan ini juga menjadi petunjuk awal tentang kemungkinan penglibatan Rusia secara tidak langsung dalam konflik yang kini sudah memasuki minggu kedua.

China juga didakwa akan beri bantuan

Selain Rusia, risikan Amerika Syarikat juga percaya China berkemungkinan sedang mempertimbangkan bantuan kepada Iran. Bantuan itu mungkin datang dalam bentuk kewangan, alat ganti serta komponen peluru berpandu untuk menyokong keupayaan ketenteraan Teheran.

Beijing lebih berhati-hati dalam memberikan sokongannya. Ia mahu perang itu berakhir kerana konflik tersebut menjejaskan bekalan tenaga mereka.

Hal ini kerana negara itu bergantung penuh kepada minyak Iran dan ia turut menggesa Teheran membenarkan laluan selamat kepada kapal perdagangan di Selat Hormuz.- Menurut satu sumber rapat.

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth enggan mengesahkan secara rasmi dakwaan tersebut. Namun beliau memberi bayangan bahawa pihaknya sedang memantau setiap maklumat yang berkaitan dengan situasi semasa.

Hubungan ketenteraan Rusia dan Iran bukan perkara baru

Kerjasama ketenteraan antara Rusia dan Iran sebenarnya sudah lama berlaku, malah dipercayai sudah lebih tiga tahun berjalan. Difahamkan, Iran sebelum ini menyediakan dron Shaed serta misil balistik jarak dekat untuk digunakan Rusia dalam Perang Ukraine.

Perkembangan ini menunjukkan hubungan pertahanan kedua-dua negara semakin rapat, sekali gus menimbulkan kebimbangan kepada pihak Barat.

Pssttt! Ohmedia harap konflik besar macam ni tak terus berpanjangan kerana kesannya bukan sahaja kepada negara terlibat, malah boleh ganggu kestabilan dunia dan ekonomi global juga. Korang pun sama, sentiasa ambil tahu perkembangan semasa supaya lebih faham apa yang sedang berlaku di dunia.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top