RUU Pekerja Gig 2025 angkat status pekerjaan gig ke arus perdana

RUU Pekerja Gig 2025 angkat status pekerjaan gig ke arus perdana

Kalau sebelum ini pekerjaan gig sering dianggap hanya sebagai kerja sampingan untuk mencari pendapatan tambahan, hari ini landskapnya berubah sepenuhnya.

Lebih terjamin selepas RUU Pekerja Gig 2025

Dengan pembentangan dan sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025, kerjaya dalam sektor ini kini diangkat ke tahap lebih tinggi, diiktiraf secara rasmi, lebih terjamin serta berdaya saing.

Sebelum ini, lebih 1.2 juta pekerja gig di Malaysia beroperasi dalam keadaan kabur tanpa status jelas sama ada sebagai pekerja sepenuh masa atau separuh masa.

RUU Pekerja Gig 2025

Foto: Utusan

Situasi itu menyebabkan ramai daripada mereka terdedah kepada risiko tanpa perlindungan, termasuk ketiadaan jaminan sosial serta kepastian masa depan.

Namun keadaan itu berubah dengan pengenalan RUU Pekerja Gig yang buat pertama kali, sektor ini diberikan definisi undang-undang rasmi dimana pekerja gig tidak lagi dianggap sebagai ‘angka’ di sebalik aplikasi, sebaliknya diiktiraf sebagai sebahagian penting daripada ekosistem ekonomi negara.

RUU Pekerja Gig 2025

Foto: Bernama

RUU Pekerja Gig 2025 lebih jelas

Antara inti pati utama RUU tersebut termasuklah mewujudkan hubungan kerja yang lebih jelas antara platform digital dan pekerja gig dengan garis panduan undang-undang yang adil, serta memastikan mereka mendapat akses kepada jaminan sosial dan skim perlindungan minimum.

Walaupun hak asas itu diperkukuh, pekerja gig tetap mengekalkan kelebihan sektor berkenaan iaitu kebebasan memilih masa dan cara bekerja.

Artikel lain: Dari sebuah motosikal ke undang-undang! KESUMA angkat maruah 1.2 juta pekerja gig

Perubahan itu membawa mesej besar bahawa kerja gig bukan lagi pekerjaan pinggiran atau pilihan terpaksa. Ia kini diiktiraf sebagai sebuah kerjaya sah dengan masa depan yang lebih terjamin.

Bagi pekerja gig sendiri, langkah ini memberi keyakinan bahawa usaha mereka di jalan raya mahupun di hadapan skrin komputer dihargai dan dilindungi.

RUU Pekerja Gig 2025

Foto: Bernama

Untuk syarikat platform pula, penggubalan undang-undang tersebut memberikan kepastian dan kejelasan untuk membina ekosistem yang lebih profesional, kompetitif dan mampan.

Lebih penting lagi, Malaysia kini berada di landasan tepat untuk muncul sebagai peneraju ekonomi gig di rantau ini.

Seiring perkembangan dunia yang semakin menuju ke arah digitalisasi dan pekerjaan fleksibel, negara mempunyai kerangka undang-undang untuk memastikan sektor gig terus berkembang secara adil dan berdaya saing.

RUU Pekerja Gig 2025 dilihat sebagai titik perubahan besar. Ia menutup bab lama dimana pekerja gig dianggap tidak rasmi, lalu membuka lembaran baharu dengan pengiktirafan mereka sebagai nadi penting ekonomi moden.

Kerja gig kekal fleksibel namun selepas RUU ini, ia turut menjadi lebih selamat, terjamin dan diyakini.

Scroll to Top