Pasangan pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam YouNarae bakal memaklumkan mereka bakal menimang anak kedua.
Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di Instagram pada Jumaat.
Video tersebut memaparkan anak sulung mereka, Nik You Rina menyerahkan alat penguji kehamilan positif kepada balanya Ryzal yang kelihatan teruja dengan berita itu.
“Kebahagiaan baru telah datang kepada kami sekeluarga.
“Kami sedang bersiap sedia untuk hari kami menjadi keluarga empat orang,” tulis wanita kelahiran Korea Selatan itu.
Pada Mei 2023, Maryam pernah mengalami keguguran pada ketika usia kandungan mencecah tiga minggu.
Sekadar info, Maryam memeluk Islam pada 11 Julai 2019 lalu mendirikan rumah tangga bersama Ryzal pada 15 Ogos tahun sama.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Artikel Berkaitan: Ryzal Didakwa Buat Lawak Lucah, Maryam Durian Kimchi Mohon Maaf – “Mungkin Ada Salah Faham Sedikit”
Artikel Berkaitan: Maryam Durian Kimchi Keguguran Anak Kedua – “Kami Percaya Dengan Takdir & Perancangan Allah…”