“Saat Siram Tanda, Hujan Turun Dengan Renyai”- Shaheizy Sam Kongsi Detik Mengharukan Saat Bung Moktar Dikebumikan

“Saat Siram Tanda, Hujan Turun Dengan Renyai”- Shaheizy Sam Kongsi Detik Mengharukan Saat Bung Moktar Dikebumikan

Pelakon Shaheizy Sam berkongsi pengalaman yang sarat dengan emosi ketika menghadiri pengebumian abang iparnya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Menerusi perkongsian tular di TikTok, Sam atau nama lengkapnya, Shaheizy Sam Abdul Samad berkongsi suasana ketika berada di tanah perkuburan yang disifatkan penuh ketenangan, terutama pada detik anak arwah, Naim, menyiram air di pusara ayahandanya.

“Masa dah baca talkin, lepastu anak arwah iaitu Naim bercakap dan memberikan pesanan dan masing-masing orang yang ada dekat situ ambil bunga mawar nak tabur… guys, Wallahi…. saya tengok sendiri masa Naim curah air dekat tanda (Batu Nisan) saat sentuh je tanda kubur tu serentak hujan turun. Yang gerimis,” katanya.

Menurut Sam, kejadian itu membuatkan semua ahli keluarga dan rakan yang hadir saling berpandangan, seolah-olah tersentuh dengan kejadian  yang berlaku di depan mata mereka.

“Semua terpandang dan saya sendiri tersenyum. Ia seolah-olah adalah Rahmat.

“Sebab dia bukan hujan yang buat orang kelam kabut nak lari atau cari tempat berteduh semuanya… ia macam/ the vibes of positiveness dan saya tak tahu masa tu saya tersenyum. very positive,” jelasnya.

Sebelum ini, Sam mendedahkan kesihatan abang iparnya itu mula terjejas sejak proses kempen Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah lalu.

Katanya, kali terakhir dia bertemu Allahyarham adalah sehari sebelum hari mengundi.

Menyifatkan arwah sebagai seorang yang tegas dan lantang bersuara di Parlimen, arwah juga merupakan seorang yang lembut dalam berbicara.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kebaikan Yang Tulus Pasti Diperlihatkan Meski Sekecil Zarah”- Ustazah Asma’ Harun Kenang Kemuliaan Hati Bung Moktar

ARTIKEL BERKAITAN:Zizie Ezette Sebak, Dedah Pesanan Terakhir Bung Moktar

ARTIKEL BERKAITAN:Zizie Izette Masih Berkabung, Akui Rindu Arwah Suami Tidak Pernah Surut

Scroll to Top