Sabah menerima pengunjung dari Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kota Kinabalu: Sempadan Sabah dibuka kepada pengunjung dari negara jiran Brunei.

Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, pelancong dari Brunei dibenarkan memasuki negeri itu, sama ada melalui jalan darat atau udara.

Tambahnya, Negara Brunei bebas daripada kes Covid-19 lebih tujuh bulan lalu dan tidak termasuk dalam senarai 23 negara dianggap berisiko tinggi Covid-19.

Oleh kerana itu keputusan diambil untuk membenarkan pengunjung dari Brunei kerana mereka tidak mempunyai sebarang kes atau jangkitan baru sejak 215 hari lalu.

“Ia sebenarnya ialah negara hijau, jadi kami merasakan ancaman itu tidak ada atau dapat diatasi,” katanya dalam taklimat Covid-19 hari ini.

Ulasnya lagi, pengunjung perlu menjalani ujian saringan Covid-19 tiga hari sebelum perjalanan, syarat yang sama dikenakan kepada pengunjung dalam negara yang mahu memasuki Sabah.

Beliau juga bekata, pihaknya akan mempertimbangkan kebenaran kemasukan pengunjung dari negara lain dari semasa ke semasa.

Katanya, sempadan akan dibuka dengan penuh berhati-hati, kerana sebarang kesilapan akan menjadikan situasi Covid-19 di luar kawalan dan negara lain akan dinilai berdasarkan kes masing-masing.

Malay News
Farah Fauzi