Korang masih ingat tak jenama pakaian Sabella dan Hasnuri yang dulu pernah jadi rebutan sampai penuh dalam almari ramai orang?
Baru-baru ini, kecoh di laman Threads bila ada pendedahan mendakwa kedua-dua jenama ni akan menutup operasi untuk selamanya.
Sabella pernah cipta sejarah jualan RM200 juta…
Sabella dan Hasnuri bukan jenama biasa-biasa sebab pernah mencatat sejarah jualan mencecah RM200 juta, sesuatu yang jarang dicapai oleh label tempatan.
Tapi sayangnya, zaman kegemilangan itu nampaknya dah berakhir bila jenama ni dilapor semakin hilang sambutan.
Kilang Sabella kini tinggal kenangan…
Kilang yang dulunya sibuk dengan ratusan pekerja kini sunyi sepi. Penutupan operasi ni bukan saja runtuhkan nama besar Sabella dan Hasnuri, tapi dalam masa sama turut menutup periuk nasi pekerja yang selama ni bertungkus-lumus menaikkan jenama tersebut.
Menjenguk ruangan komen, ramai netizen berpendapat punca utama penutupan adalah kerana kurang marketing. Malah, industri fesyen sekarang semakin sengit dengan banyak pesaing baru yang menawarkan konsep dan strategi lebih agresif.
Pssttt! Dalam bisnes, tak cukup kalau kita hanya bergantung pada populariti masa lalu. Korang kena sentiasa kreatif, ikut trend, dan pandai jaga pemasaran. Ingat, pelanggan hari ni cepat bosan. Kalau tak berubah, senang je ditinggalkan pesaing.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!






