SHAH ALAM – Jenama penjagaan diri halal, SAFI Malaysia terus memperkasakan aspirasi wanita menerusi pelancaran kempen baharu ‘Memperindah Versi Terbaikmu’ sempena musim perayaan tahun ini di Kedai KL @ MAHSA Avenue pada Sabtu.
SAFI Malaysia dalam kenyataan berkata, kempen dengan kerjasama rangkaian farmasi terkemuka, Guardian Malaysia itu menekankan bahawa kecantikan sebenar bukan sekadar penampilan luaran, sebaliknya merangkumi keyakinan dan keberanian individu dalam mencorakkan perjalanan hidup masing-masing.
Sebagai teras kempen, SAFI Malaysia menampilkan filem raya bertajuk ‘Memperindah Versi Terbaikmu’, mengisahkan perjalanan seorang wanita muda mengejar impian meskipun berdepan cabaran kewangan dan tekanan sosial.
“Menghidupkan naratif ini, SAFI Malaysia telah menganjurkan Safi Raya Pop-Up Event di Kedai KL @ MAHSA Avenue sebagai satu pengalaman imersif yang menggabungkan kecantikan, kreativiti dan inspirasi dalam satu ruang interaktif.
“Acara ini turut menampilkan duta jenama SAFI Perfect White dan SAFI Hijabista, Qasrina Karim selain kolaborasi bersama artis mural tempatan, Nor Asyikin dari Lakar by Mekar, yang menterjemahkan mesej kempen ini ke dalam karya seni visual,” katanya pada Sabtu.

Peserta menyertai bengkel seni interaktif sempena kempen ‘Memperindah Versi Terbaikmu’ di Kedai KL @ MAHSA Avenue pada Sabtu.
Melalui kolaborasi berkenaan, sebuah instalasi mural eksklusif diperkenalkan sebagai simbol kanvas kehidupan, yang meraikan keunikan dan perjalanan wanita dalam menjadi versi terbaik mereka.
Mengulas penganjuran Safi Raya Pop-Up, SAFI Malaysia berkata, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti termasuk analisis kulit percuma, mencuba rangkaian produk SAFI dan menyertai aktiviti pengguna bagi memenangi hadiah eksklusif.
“Pengunjung juga boleh menikmati promosi istimewa sepanjang acara. Acara ini turut dimeriahkan dengan pelancaran mural, sesi ‘Meet & Greet’ bersama Qasrina Karim dan bengkel seni interaktif yang menggalakkan ekspresi kreativiti.

Qasrina Karim turut sertai bengkel seni interaktif sempena kempen ‘Memperindah Versi Terbaikmu’ di Kedai KL @ MAHSA Avenue pada Sabtu.
“Melalui gabungan kecantikan, kreativiti dan pemerkasaan, SAFI Malaysia berharap kempen ini dapat memberi inspirasi kepada wanita Malaysia untuk lebih yakin, menerima dan mengekspresikan keunikan diri serta terus mengejar impian dengan penuh keberanian,” ujar kenyataan itu.
Sementara itu, SAFI Malaysia turut meneruskan inisiatif Biasiswa Siswi SAFI yang kini memasuki tahun ketiga dengan peruntukan sehingga RM1 juta.
“Biasiswa berkenaan bertujuan membantu wanita muda mendapatkan akses pendidikan tinggi, menyokong mereka dalam mengejar impian dan membina masa depan lebih cerah.
“SAFI percaya bahawa apabila wanita diberi peluang, impaknya bukan sahaja kepada individu, tetapi turut memperkasa keluarga dan komuniti secara keseluruhan,” katanya.



