Sah bercinta dengan Erra Fazira, netizen minta Mr E kemaskan rambut – “Kejung macam kena ribut”

Sah bercinta dengan Erra Fazira, netizen minta Mr E kemaskan rambut – “Kejung macam kena ribut”

Pelakon jelita, Erra Fazira,51 tahun tampil terbuka mendedahkan status hubungannya bersama ahli perniagaan, Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44 tahun atau mesra disapa Mr E yang dikatakan sedang hangat dilamun cinta sejak Ogos tahun lalu.

Menerusi hantaran di Instagram hibglam.com.my, memaparkan Mr E mengakui sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama aktres itu dan bersedia untuk ke fasa seterusnya.

Instagram will load in the frontend.

“Sudah lama kami kenal cuma mula rapat tahun lepas. Hari Malaysia itu saya merdekakan dia.
“Status perhubungan kami sekarang  adalah untuk cuba ke fasa seterusnya iaitu fasa yang lebih baik. Dari fasa kenal kepada lebih mengenali, kemudian mungkin ada merancang sesusatu begitulah,” kata Mr E.

Foto: Kosmo! Online

Kejung macam kena ribut

Namun demikian, lain pula di mata netizen apabila menzahirkan perasaan kurang senang melihat penampilan teman lelaki Erra yang dianggap selekeh dan tidak setanding dengannya.

Dalam perkongsian tersebut, gaya rambut Mr. E seakan tidak disikat dengan rapi dan dilihat sedikit berusia kerana sudah dipenuhi uban.

Rambut memang tak kemas gitu ke?

Rambut tu warnakan hitam mesti lagi smart

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 100,000 tontonan dan lebih 2,000 tanda suka.

Terdahulu, Erra memberitahu dia lebih berhati-hati dalam memilih teman lelaki untuk bercinta namun tidak menafikan kontroversi yang menyatakan dirinya sedang mengenali hati budi seseorang yang merupakan ahli perniagaan.

Sumber: Instagram hibglam.com.my

Scroll to Top