Sahabat Baik Akhirnya Kongsi Keadaan Terkini Ira Kazar | Oh! Media

Sahabat Baik Akhirnya Kongsi Keadaan Terkini Ira Kazar | Oh! Media

Kecoh di media sosial apabila peguam syarie telah mengesahkan yang pengarah, Syamsul Yusof telah menfailkan penceraian terhadap isterinya Ira Kazar baru-baru ini.

BACAPeguam Syarie Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Terhadap Ira Kaza Sebab Ini

Terbaru! Menurut laporan mStar, Datuk Aliff Syukri selaku kawan rapat kepada Ira Kazar memberi respon mengenai perkara itu dan memilih untuk tidak mencampuri urusan mereka berdua.

Usahawan itu juga berharap agar orang ramai tidak mendoakan perkara yang buruk berhubung penceraian Syamsul dan Ira.

Saya dengan Ira memang rapat, bukan atas dasar ambil kesempatan ke apa.

Sebenarnya saya dah tahu cerita Ira ni dah lama cuma sebagai orang luar saya tak patut sentuh isu rumah tangganya.

Saya sentiasa mendoakannya dan bagi saya janganlah kita mendoakan penceraian orang lain.

Bukan tu jer, ada segelintir pihak yang bertepuk tangan mengenai konflik rumah tangga Ira itu buatkan Aliff berasa pelik.

Bila saya lihat ada yang ketawakan situasi dia, siap buat sembahyang syukur, memang tak patut.

Bagi saya apabila kita seronok lihat kesusahan orang lain, takut nanti kita pula yang terkena jadi doakan sahaja kebahagiaan dia (Ira).

Usahawan itu juga sempat berkongsi keadaan terkini Ira Kazar ketika ini apabila ditanya pihak media.

Ira sekarang dalam keadaan biasa-biasa sahaja. Saya tak nak cakap lebih-lebih nanti viral pula.


Scroll to Top