Keadilan Islam dalam lipatan sejarah (Siri 72)
SAIDINA Osman menyambung legasi khalifah-khalifah sebelumnya dalam melaksanakan keadilan. Antaranya konsep hisbah dan keadilan di pasar. Ini kerana pasar adalah tempat tumpuan masyarakat berniaga, berjual-beli, melakukan pelbagai transaksi dan urusan. Ia mudah terdedah kepada manipulasi, tipu, zalim dan lain-lain kemungkaran. Justeru, Saidina Osman menegaskan perkara ini melalui ucapannya:
โุฃู ุง ุจุนุฏุ ูุฅู ุงููู ุฃู ุฑ ุงูุฃุฆู ุฉ ุฃู ูููู ุฑูุนุงุฉุ ููู ูุชูุฏู ุฅูููู ุฃู ูููู ุฌุจุงุฉุ ูุฅู ุตุฏุฑ ูุฐู ุงูุฃู ุฉ ูุฏ ุฎููููุง ุฑุนุงุฉ ููู ูุฎูููุง ุฌุจุงุฉุ ููููุดูู ุฃุฆู ุชูู ุฃู ูููู ุฌุจุงุฉ ููุง ูููููุง ุฑุนุงุฉุ ูุฅู ุนุงุฏูุง ูุฐูู ุงููุทุน ุงูุญูุงุก ูุงูุฃู ุงูุฉ ูุงูููุงุกุ ูุนูููู ุฃู ุชูุธุฑูุง ูู ุฃู ูุฑ ุงูู ุณูู ูู ูููู ุง ุนูููู ุ ูุชุนุทููู ู ุง ููู ูุชุฃุฎุฐูุง ุจู ุง ุนูููู ุ ุซู ุชุซููุง ุจุฃูู ุงูุฐู ุฉ ูุชุนุทููู ุงูุฐู ููู ุ ูุชุฃุฎุฐูุง ุจุงูุฐู ุนูููู ุ ุซู ุงูุนุฏู ูุงูุฐู ุชูุชุงุจููุ ูุงุณุชูุชุญูุง ุนูููู ุจุงูููุงุกโ
Maksudnya: Allah perintahkan pemimpin menjadi penjaga. Allah tidak mahu mereka menjadi pemungut hasil sahaja. Generasi awal sebelum kita adalah pengawal, bukannya pemungut hasil. Hampir-hampir pemimpin kamu menjadi pemungut hasil dan tidak menjadi penjaga. Apabila berlaku demikian, hilanglah sifat malu, amanah dan menyempurnakan janji. Ketahuilah! Perjalanan hidup yang paling adil ialah kamu melihat urusan orang Islam dan tanggungjawab mereka. Kamu kena beri hak mereka. Kamu boleh ambil dari mereka perkara yang menjadi tanggungjawab mereka. Kamu juga mesti melihat hak dan tanggungjawab golongan kafir zimmi. Begitu juga yang melibatkan golongan musuh.
Nyata dari kenyataan di atas, Saidina Osman tetap meletakkan keadilan sebagai teras muamalat dan urusan, termasuk di tempat-tempat yang menjadi tumpuan masyarakat.
Advertisement
Dalam konteks semasa, bidang muamalat, ekonomi, perdagangan, perniagaan menjadi salah satu bidang penting untuk urusan sesama manusia, hingga peringkat negeri dan negara. Asasnya mesti adil. Letak sesuatu mesti kena pada tempatnya. Nak letak, mesti ada kebijaksanaan. Inilah yang agak sukar. Apatah lagi apabila sesuatu perkara dan urusan itu agak subjektif. Saya melihat dari arah saya: Itu nombor 6. Yang berada di hadapan saya melihat angka itu ialah 9.
Apapun, apabila Allah memimpin kita, dan kita pula menjadikan syarak sebagai asas, insyaAllah kita tidak akan tergelincir dari keadilan yang didambakan dan dituntut.
Saidina Osman juga menekankan peranan pemimpin sebagai penjaga dan pengawal kepada rakyat, bukan hanya tahu mengambil dari rakyat. Hak rakyat, kita berikan. Dalam masa yang sama, rakyat juga ada tanggungjawab mereka terhadap negara. Maka kita dibenarkan untuk mengambil daripada mereka. Yang penting, jangan berlaku zalim.
Rakyat pula ada beberapa kelompok. Ada yang Islam. Ada yang non-Muslim. Ada yang berbaik dengan negara Islam. Ada yang menjadi musuh. Semuanya ada kaedah dan cara bermuamalat masing-masing. Sekali lagi keadilan dituntut. Juga sekali lagi, kebijaksanaan dituntut.
Beruntunglah sebuah negeri atau negara yang mempunyai pemimpin yang berlaku adil dan bijaksana, bukan hanya berslogan dan beretorik tentang kebijaksanaan dan keadilan. โ HARAKAHDAILY 12/4/2023
Penulis adalah Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu.