Saifuddin mahu Imigresen bangkit lebih kuat selepas ikat Penang

Saifuddin mahu Imigresen bangkit lebih kuat selepas ikat Penang

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan ucapan tahniah kepada Imigresen FC selepas pasukan itu mempamerkan semangat juang tinggi dalam aksi Liga Super, malam tadi.

Beliau berkata, keputusan seri tanpa jaringan menentang Penang FC tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang mengecewakan, sebaliknya perlu dijadikan ruang untuk pasukan memperbaiki kelemahan.

Katanya, semangat ditunjukkan pemain dalam perlawanan itu wajar dipuji dan menjadi bekalan penting buat The Mighty Tigers untuk terus melangkah ke hadapan.

“Keputusan seri ini kita ambil sebagai ruang untuk perbaiki. Kita reset, kita repeat dan kita come back stronger!” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam aksi di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar itu, kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas terikat 0-0.

Keputusan berkenaan menyaksikan Imigresen terus berada dalam persaingan Liga Super sambil mengintai peluang untuk kembali ke landasan kemenangan pada aksi seterusnya.

Ketika ini Imigresen berada di tangga ketujuh Liga Super selepas mengutip 22 mata hasil daripada enam kemenangan dan empat kali seri.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top