Saifuddin sahkan ada elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual dalam kes Zara Qairina

Saifuddin sahkan ada elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual dalam kes Zara Qairina

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan terdapat siasat elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual membabitkan kes kematian pelajar tingkatan satu SMKA Tun Datu Mustapha, Zara Qairina Mahathir.

Menurut laporan Harian Metro, beliau memaklumkan kesemua elemen tersebut sudah disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual

Elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual

“Tak boleh ada usaha ataupun percubaan menutup kalau ada elemen buli, sekolah tempat yang patut jadi tempat selamat untuk anak-anak kita.
“Pentadbir sekolah harus diingatkan, kalau ada insiden ini bawa ke tengah, sebab itu siasatan kita menjurus hala tujunya kepada elemen buli. Ya, sudah pun kita lengkapkan siasatan itu.
“Ya, ada elemen pengabaian kerana adik ini ada membuat aduan kepada pihak sekolah. Ada kita siasat elemen pengabaian.
“Ada elemen gangguan seksual, kita siasat juga. Demikian terpulang kepada Peguam Negara untuk menetapkan hala tuju sama ada tuduhan itu dapat dibuat atau tidak,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sejak kebelakangan ini, kes kematian Zara Qairina mendapat perhatian ramai apabila mangsa ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah pada 16 Julai lalu.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustaph itu menghembuskan nafas terakhir pada keesokkan harinya akibat kecederaan serius dan dipercayai menjadi mangsa buli pelajar lain.

Demi mendapatkan kepastian dan keadilan, ibu mangsa iaitu Noraidah Lamat menerima kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk penggalian semula kubur anaknya bagi menjalani bedah siasat.

Artikel lain: PM Anwar pesan jangan jadikan kes Zara Qairina senjata politik, bahan hasutan

Elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual

Ibu Zara Qairina

Pasukan forensik mengambil masa selama lapan jam bagi melakukan proses bedah siasat terhadap jenazah di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden SMKA Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

Keputusan itu diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes Allahyarhamah Zara Qairina.

Sumber: Harian Metro (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)

Scroll to Top