Saifuddin Tak Boleh Dedah Perkembangan Kes Anak Rafizi Ramli Diserang

Saifuddin Tak Boleh Dedah Perkembangan Kes Anak Rafizi Ramli Diserang

Oh! Negara

Saifuddin tak dapat dedah maklumat kes anak Rafizi bagi jamin keselamatan saksi dan siasatan.


Dah sebulan lebih sejak anak kepada Rafizi Ramli diserang di Putrajaya, tapi banyak persoalan masih belum terjawab. Ramai tertanya-tanya siapa dalang sebenar di sebalik kejadian tu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun menjelaskan di Parlimen semalam yang dia tak boleh dedahkan secara terbuka maklumat tertentu yang sudahpun disampaikan kepada Rafizi.

Maklumat siasatan serangan anak Rafizi Ramli tak boleh dikongsi

Rafizi Ramli

BACA: Rafizi Ramli Dedah Tiga Kemungkinan Suntikan Misteri

Saifuddin jawab secara bertulis kepada Rafizi yang minta pengesahan terbuka tentang siasatan dalang serangan ke atas anaknya. Tapi jawapan Saifuddin cukup jelas. Beliau jelaskan, pendedahan maklumat tersebut boleh ganggu siasatan dan bahayakan keselamatan saksi penting.

Permintaan anda tidak dapat dipenuhi. Kementerian memberi jaminan bahawa keadilan akan ditegakkan tanpa kompromi.- Katanya.

Kejadian ni berlaku pada 13 Ogos, kira-kira jam 2 petang di sebuah pusat beli-belah Putrajaya. Anak lelaki Rafizi yang baru berumur 12 tahun telah diseret dan disuntik dengan jarum oleh dua lelaki bermotosikal.

Isteri Rafizi pula dipercayai diekori beberapa hari sebelum kejadian. CCTV pun rakam kelibat dua suspek yang ikut rapat kereta dipandu isteri beliau.

Mesej ugutan diterima sebelum kejadian

Rafizi percaya serangan tu ada kaitan dengan kes yang sedang dia siasat. Seminggu sebelum kejadian, beliau ada bertemu kumpulan pemberi maklumat.

Lepas tu, isteri beliau terima satu mesej berbunyi: “Diam andai teruskan, AIDS”. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini maklumkan yang pihak forensik masih belum terima laporan kimia berkenaan cecair dalam jarum suntikan yang digunakan. Jadi, motif sebenar dan kandungan jarum tu masih dalam siasatan.

Pssttt! Ohmedia faham bila melibatkan keselamatan anak, mana-mana ibu bapa pasti gelisah. Tapi biarlah siasatan berjalan dengan telus dulu. Kita doa semoga pelaku segera ditangkap dan keadilan ditegakkan.

Kredit: Free Malaysia Today
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top