Saiful Apek Hanya Makan Bubur Lambuk, Kurma Untuk Sahur & Berbuka

Saiful Apek Hanya Makan Bubur Lambuk, Kurma Untuk Sahur & Berbuka

Pelawak Saiful Apek berkongsikan rutin bersahur dan berbuka hanya menikmati bubur lambuk, kurma serta air panas.

Memetik Astro Gempak, Saiful berkata makanan tersebut dinikmatinya sejak kecil lagi, malah dia juga tidak pernah ke bazar Ramadan.

BACA: Saiful Apek Nafi Ditahan, Bengang Filem 6 Jilake Dihina

Menurutnya, dia pernah mengirim untuk membeli bubur lambuk dia bazar Ramadan namun tidak menepati citarasa kerana agar berlebihan.

“Saya memang tak pernah pergi bazar sebab saya memang daripada kecil dilatih oleh keluarga angkat saya, berbuka dan bersahur dengan bubur lambuk, kurma dan air panas.

“Mungkin dah sebati dengan saya sejak dulu lagi jadi, saya tak gaduhlah nak pergi bazar atau teringin nak makan apa-apa.

“Yang paling penting bubur lambuk itu adalah yang dimasak di rumah atau di masjid. Saya pernah juga kirim daripada orang untuk beli bubur lambuk di bazar tapi saya rasa macam dia overdo dan terlampau mewah. Memang begitulah rutin pemakanan saya hari-hari sepanjang bulan puasa,” katanya.

Dalam pada itu, Saiful berkata amalan tersebut turut mendidiknya lebih menghayati erti bersederhana dalam masa sama mengelakkan pembaziran.

“Memang itulah diet saya untuk bulan puasa. Dia bukan saja dari segi kesihatan tapi saya kekal bertenaga pada waktu siang.

“Saya rasa sesuailah dengan konsep Ramadan tu sebenarnya. Sebab kita tahu Ramadan adalah bulan yang paling banyak berlakunya pembaziran,” katanya.

Tambah Saiful lagi, dia tidak pernah jemu dengan menu berkenaan kerana hanya diamalkan selama sebulan sahaja di bulan Ramadan.

“Saya tak jemu sebab pada saya konteks dia sama macam kalau kita ada isteri tak jemu ke tengok isteri kita hari-hari? Contoh. Kalau nak cerita konteks jemu.

“Ini adalah istiqamah sebenarnya… dia sebenarnya satu ujian jugalah untuk kita bila Ramadan ini sebab kadang-kadang saya tengok dia jadi pesta makan sebenarnya,” katanya.

Sumber: Astro Gempak


Scroll to Top