Sebuah taman tema di Subang Jaya, Selangor yang didakwa terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) akan disiasat pihak polis, lapor Harian Metro.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, tindakan tersebut dibuat selepas menerima video yang dimuat naik di akaun Facebook, ‘Rizal Hakimm Punyer’ baru-baru ini.
“Terdapat seramai 3,513 pengunjung yang direkodkan berada di kawasan taman tema berkenaan pada Sabtu lalu iaitu tarikh dinyatakan kejadian terbabit berlaku.
“Siasatan awal dilakukan mendapati kawasan taman tema berkenaan boleh memuatkan seramai 40,000 orang pada satu-satu masa.
“Bagi kapasiti yang dibenarkan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 pula adalah seramai 20,000 orang pada satu-satu masa,” katanya hari ini.
Mohd Fairus berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan sekiranya pelanggaran SOP meskipun tiada laporan polis dibuat berkenaan kejadian tersebut.
“Kami amat mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-56210343 untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
Berdasarkan pencarian di aplikasi TikTok, terdapat beberapa video lain dipercayai di lokasi sama namun tarikh yang berbeza.
@aemanazri Semua Tak Relax😅👍🏻 Sunway Lagoon✅
@frhnrasyh Siapa yang pergi sunway semalam? Comment hadir ✅ #foryou #viral2021 #sunwaylagoon
@shaiqalsianaksyurga terserempak dengan idol cap hitam pulak 🥺 #sunwaylagoon #foryou
@safwann13 Balas kepada @prvthirahhh #fyp #fypシ #prayformalaysia
@xulhaika1 Sunway❌Diwali🔥 #sunwaylagoon #fyp
Sumber: Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin) , Facebook Rizal Hakimm Punyer , TikTok