Sakit perut mengejut, Rajinikanth masuk hospital

Sakit perut mengejut, Rajinikanth masuk hospital

KUALA LUMPUR – Bintang filem terkenal Tamil, Rajinikanth dimasukkan ke Hospital Apollo di Chennai, India akibat sakit perut mengejut.

Mengikut laporan Times of India, superstar berusia 74 tahun itu dikatakan mengalami sakit perut dan dibawa ke hospital semalam.

Walaubagaimanapun beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Beliau juga dilaporkan menjalani pembedahan elektif dijangka keluar hospital pada hari ini.

Difahamkan, Rajinikanth bakal muncul dalam filem terbaharunya, Vettaiyan arahan pengarah TJ Gnanavel yang bakal ditayangkan, tidak lama lagi.

Selain Rajinikanth, filem itu juga dibintangi Amitabh Bachchan, Fahadh Faasil, Rana Daggubati, Manju Warrier, Ritika Singh, Dushara Vijayan dan Abhirami.-MalaysiaGazette

Scroll to Top