Melahirkan anak merupakan pengorbanan terbesar yang dilakukan seorang ibu. Tetapi siapa sangka, pengalaman bersalin influencer media sosial, Shaniena Natasya membuktikan ianya tidaklah seteruk yang disangka.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Shaniena memberikan rating kesakitan bersalin secara pembedahan adalah 3 daripada 10.
Rate kesakitan 3/10, hari pertama bersalin czer dah boleh berjalan
Jelas Niena, mungkin gaya hidup aktif yang diamalkannya sepanjang kehamilan menjadi faktor utama mengapa proses kelahiran dan pemulihannya berjalan dengan sangat lancar.
Malah, dia sudah boleh berjalan seperti biasa pada hari pertama selepas bersalin bayi sulung. Menurutnya, rasa kesakitan yang dilalui bergantung kepada kekuatan mental dan mindset ibu itu sendiri.
Czer akan rasa sakit kalau mindset kita tak cukup kuat. Beranak normal atau czer, dua-dua sakit. Tapi macam saya Alhamdulillah, hari pertama lepas pembedahan, saya dah boleh berjalan macam biasa.
Sakit tekak dan sakit badan demam lagi teruk

Shaniena turut membuat perbandingan rasa sakit czer dengan pengalaman jatuh sakit seperti demam dan sakit tekak.
Kalau tanya saya apa lebih sakit daripada czer, bagi saya sakit tekak dan demam (kebas badan), lagi teruk dari sakit czer.
Menurut Niena lagi, pengalaman bersalin secara pembedahan yang dirasainya tidaklah seteruk yang diperkatakan orang ramai.
Dia bersyukur proses kelahirannya berjalan dengan lancar dan bayinya juga mudah dijaga serta tidak banyak meragam.
Pssttt! Betul juga mungkin sebab Niena amalkan gaya hidup sihat dan makan macam-macam suplemen kesihatan. Tu yang cepat sembuh kan.
Kredit: TikTok Shaniena Natasya
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.