Kejadian menyayat hati berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli apabila seekor anak gajah dipercayai dilanggar sebuah lori dan tersepit di bawah kenderaan itu.
Namun, yang paling meruntun hati adalah tindakan ibu gajah yang menangis dan cuba menolak lori demi menyelamatkan anaknya.
Menurut laporan Kosmo, saksi kejadian iaitu Amir Faizal terdengar bunyi tangisan kuat dari ibu gajah tersebut yang berusaha mengeluarkan anaknya yang ketika itu masih hidup.
Dia (ibu gajah) cuba tarik anak dia keluar dari bawah kepala lori… tapi tak mampu. Akhirnya dia menyerah.
Netizen sebak lihat pengorbanan sang ibu

Rakaman video berdurasi 1 minit 11 saat yang menunjukkan momen pilu itu telah tular di media sosial dan mengundang reaksi sebak ramai netizen.
Naluri ibu itu sangat kuat, sama macam manusia… dia teman anak dia sampai ke akhir hayat,” komen pengguna @Natasha_ami118.
Sedihnya, anak tu masih hidup masa tu… tapi tak sempat diselamatkan,” tambah @Roe.zelle.
Video kejadian undang simpati ramai

Video menunjukkan seekor ibu gajah cuba ‘menolak’ lori muatan ayam yang dipercayai terlibat dalam pelanggaran tersebut. Anak gajah jantan itu dipercayai tersepit di bawah lori berkenaan dan akhirnya maut di lokasi.
Pihak Perhilitan turut hadir ke lokasi kejadian untuk menguruskan situasi tragik ini.