Seorang peserta RXZ Members 7.0 yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu maut selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan.
Menurut video tular di TikTok, saksi kejadian berkata, mangsa dikenali sebagai Roslinawati Ramli bergerak secara berkumpulan bersama 13 motosikal lain.
Jarak dengan suami hanya 20-30 meter
Konvoi kemudian berpecah kepada dua kumpulan untuk mengelakkan kesesakan di jalan. Mangsa yang berada di kumpulan belakang tiba-tiba hilang kawalan ketika motosikalnya menuruni kawasan bonggol dan terjatuh.
Dakwa saksi lagi, suami mangsa ketika itu berada di hadapan dengan jarak hanya 30 meter sahaja daripada insiden nahas.
Malah, ketika video dirakam mereka sedang menghubungi suami untuk memaklumkan keadaan isteri.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan serius di kepala. Lebih memilukan apabila tular hantaran terakhir mangsa di media sosial.
Hantaran terakhir mangsa
Berdasarkan hantaran itu, Roslinawati Ramli berkongsi situasi ketika berhenti rehat bersama peserta konvoi lain, di mana dia dilihat duduk di tepi longkang.
Pssttt! Pemergian Eyna Lee benar-benar menyentuh hati ramai, apatah lagi dengan hantaran terakhir yang seakan menjadi tanda. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi kehilangan insan tersayang ini.
Kredit: mStar | TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.