Saksikan minggu akhir drama Ayahanda

Saksikan minggu akhir drama Ayahanda

DRAMA Ayahanda arahan Datuk Ahmad Tamimi Siregar kini memasuki minggu akhir.

Menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Fikry Ibrahim, Fauziah Ahmad Daud, Shahz Jasle, Rita Nadira, Nor Khiriah, Sherry Ibrahim dan Mimi Asmidar, drama ini telah berjaya menambat hati ramai peminat drama tanah air.

Karya yang mengangkat tema kekeluargaan dan kasih sayang ini memaparkan kehidupan Haji Abdullah (Jalil Hamid) yang kesunyian dan terabai setelah kematian isteri tersayang, Noriah (Fauziah Ahmad Daud).

Setelah berendam air mata ketika siaran episod sembilan, penonton pastinya tidak sabar menantikan empat episod terakhir mulai malam ini.

Siapakah yang bakal bernikah? Adakah Aziz yang bakal disatukan dengan Ayu? Saksikan minggu akhir Ayahanda pada 28, 29, 30 dan 31 Julai ini jam 9 malam di slot Lestary TV3.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top