Penyanyi, Ara Johari mencuri tumpuan apabila tampil memberi respons mengenai hubungan dengan jurang usia yang jauh.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, 29, meminta netizen untuk tidak cepat menghukum terhadap perkara tersebut.
“Salah ke kahwin dengan orang umur jauh ni? Janganlah menghukum. Age gap relationship ini tak ada isu pun,” katanya.
Dalam masa sama, pelantun lagu Menjaga Jodoh Orang Lain itu turut sempat berseloroh mengatakan bakal suaminya masih kanak-kanak.
“Bertenang, aku punya jodoh pun masih dekat tadika. Tengah belajar buku binatang lagi.
“Ni pun aku tengah sabar tunggu dia besar,” selorohnya.

Artikel Berkaitan: “Memang Orang Yang Selalu Diganggu Perlu Ada Pendinding Tapi…” – Ara Johari



