Pelakon Intan Najuwa meluahkan rasa geram berikutan ada individu yang mempersoalkan tona kulit warnanya ketika hadir dalam satu majlis baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Threads, Intan berkata dia ternampak komen individu berkenaan serta mengatakan perubahan kulitnya kerana dia sering menemani suaminya bermain sukan polo dan terdedah panas.
BACA: “Paranoid Melampau” – Intan Najuwa ‘Anxiety’ Bawa Anak Melancong
Sementara itu, Intan berkata dia bukan wanita berkulit putih dan sejak dari kecil memiliki kulit sawo matang.

“Ada makcik bawang komen dekat gambar event (Inayah Beauty), ‘kenapa Intan Najuwa tu gelap sangat’. Eh, rasa macam nak cili mulut dia.
“Hari-hari teman suami main polo kat padang. Panas tau dan saya memang bukan wanita berkulit putih. Dari kecil memang sawo matang,” katanya.
Dalam pada itu, Intan turut meminta netizen supaya berhenti menilai seseorang berdasarkan warna kulit dan lebih baik melakukan perkara berfaedah.
“Please la eh stop nak judge orang kulit putih la gelap la. Baik pergi buat benda berfaedah sikit,” katanya.