Salah Positif COVID-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kaherah: Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Mohamed Salah, 28 tahun disahkan positif COVID-19.

Ujian yang dilakukan ke atas pasukan utama Mesir menunjukkan pemain kami, Salah dijangkiti COVID-19. Keputusan ujian adalah positif walaupun dia tidak mengalami sebarang gejala, kata kenyataan itu di Twitter hari ini.

Pemain Liverpool itu diuji positif selepas menjalani saringan pertama tetapi pihak EFA memutuskan untuk membuat ujian kali kedua bagi mengesahkannya.

Pemain itu menjalani ujian saringan COVID-19 Piala Negara-Negara Afrika 2021. Semua hasil ujian pemain lain pasukan itu serta kakitangan teknikal dan pentadbiran adalah negatif.

Sumber: Sinar Harian

Akmal Hakim
Sports Desk