Anak sulung kepada Ina Naim iaitu Hadie tampil mempertahankan ibunya selepas dikecam keterlaluan dan tidak menghormati juri dalam program Talk To My Manager.
BACA: Ina Naim Akui Silap, Mohon Maaf Lepas Dikritik
Hadie meletakkan kesalahan tersebut di atas bahunya kerana tidak dapat mengawal reaksi spontan ibu pada ketika itu.
“Saya betul-betul minta maaf”

Saya minta maaf, mungkin semua tu salah saya. Saya tak betul-betul jaga mak saya time tu, sepatutnya saya kena betul-betul kunci mak saya tu.
Hadie memohon orang ramai tidak mengkritik ibunya terlalu lama kerana bimbang. Jelasnya, ibunya membaca setiap komen yang ditinggalkan netizen biarpun negatif.
Jelas Hadie lagi, apa yang dilakukan ibu bukan untuk mencipta kontroversi sebaliknya untuk kebaikan anak.
Malah, ibunya tidak berniat untuk membantai juri atau mencelah, itu hanyalah reaksi spontan ibu untuk mempertahankan dirinya daripada ‘down’.
Saya minta maaf, saya tak pergi sekolah. Mungkin netizen yang komen negatif semua pergi sekolah. Kan? Takkan contoh (orang pergi sekolah) macam tu? Saya tengok pun sedih. Saya tak suka orang bergaduh disebabkan saya atau ibu saya.
Tambah Hadie, sebagai seorang anak, dia tidak boleh membiarkan ibunya terus dikritik. Jadi, Hadie berharap orang ramai dapat memaafkan perbuatan ibunya.
Pssttt! Reaksi Hadie jelas membuktikan kasih seorang anak terhadap ibunya. Walaupun dikecam hebat, dia tetap tampil mempertahankan maruah keluarga. Semoga isu ini reda dan menjadi pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati dalam menilai seseorang.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.