Salah selamatkan Liverpool

Muhammad Salah Liverpool Superstar

London: Jurgen Klopp mengakui dia perlu mengejutkan Liverpool sebelum Mohamed Salah menyelamatkan mereka dengan penalti lewat permainan untuk seri 1-1 berdepan Fulham sebentar tadi.
Skuad Klopp dihukum kerana persembahan longgar pada babak pertama di Craven Cottage apabila gol pendahuluan Bobby Decordova-Reid memberikan Fulham kelebihan awal.
Namun Salah menyelamatkan juara bertahan Liga Perdana itu selepas bola terkena tangan Aboubakar Kamara berbaki 11 minit permainan. Liverpool kekal di tangga kedua di belakang pendahulu, Tottenham berdasarkan perbezaan gol.

Jika mereka perlukan dikejutkan saya tidak tahu, tapi saya tidak boleh menulis buku dan melemparkannya ke padang untuk mereka baca. Tapi saya mahu kami meningkatkan permainan, kata Klopp.

Permulaan yang baik sangat bagus, tapi jika saya tidak memilikinya anda perlu bermula semula. Kami perlu setengah jam untuk menyesuaikan diri dalam permainan, dan kerana itu saya menjerit kepada mereka.

Selepas itu ia menjadi lebih baik dan babak kedua adalah bagus. Mereka bertarung untuk mendapatkan keputusan yang bagus dan kami ada situasi selepas itu yang boleh menjaringkan lebih banyak gol. – BH

Malay News
Sports Desk