“Salam PU Riz, Kali Ni Design Spender Bercover..” – Netizen Persoal PU Riz Tak Tegur Ameera Khan

“Salam PU Riz, Kali Ni Design Spender Bercover..” – Netizen Persoal PU Riz Tak Tegur Ameera Khan

Oh! Artis

Netizen persoal PU Riz tak tegur Ameera Khan yang kerap berpakaian seksi.


Penampilan pempengaruh popular Ameera Khan sekali lagi mencuri perhatian netizen, namun kali ini ia berlaku di bulan Ramadan yang mulia.

Segalanya bermula apabila Ameera berkongsi beberapa keping foto dipercayai di Milan, berdasarkan lokasi yang ditandakan.

Difahamkan, dia berada di sana untuk menghadiri sebuah pertunjukan fesyen jenama mewah dan kehadirannya turut menjadi perhatian jurugambar antarabangsa.

Fesyen di Milan undang pelbagai reaksi

Ameera Khan

Dalam foto yang dimuat naik, Ameera tampil dengan skirt lace jarang yang dipadankan bersama busana dalaman menyerupai romper.

Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan dan aura fesyennya. Namun, tidak kurang juga yang mempersoalkan pilihan pakaian itu yang dikatakan menjolok mata.

Netizen petik nama PU Riz

Isu menjadi lebih panas apabila ada netizen mengheret nama abang iparnya iaitu pendakwah PU Riz. Netizen mempersoalkan adakah suami kepada Neelofa itu enggan menegur adik iparnya sendiri.

Pu Riz

Kenyataan itu mengundang perdebatan panjang. Ada yang berpendapat setiap kali timbul kontroversi melibatkan ahli keluarga, nama PU Riz dan Neelofa pasti terkena tempias.

Pu Riz

Dalam masa sama, ada juga yang tampil mempertahankan PU Riz dengan menyatakan beliau sebagai abang ipar mempunyai batas tertentu dalam menegur.

Pu Riz

Perbincangan ini menjadi lebih sensitif kerana berlaku dalam bulan Ramadan, waktu yang sering dikaitkan dengan menjaga adab, penampilan dan percakapan.

Pssttt! Bulan Ramadan bukan sekadar tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menjaga hati dan tingkah laku. Dalam isu seperti ini, mungkin semua pihak perlu lebih berlapang dada. Soal teguran dalam keluarga bukan semuanya perlu ditunjukkan kepada umum, dan netizen juga wajar lebih berhemah sebelum mengaitkan nama sesiapa dalam sesuatu kontroversi.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top