Salji litupi gurun paling gersang di dunia

Salji litupi gurun paling gersang di dunia
Pakar klimatologi memaklumkan masih terlalu awal untuk kaitkan insiden itu dengan fenomena perubahan iklim.

Pakar klimatologi memaklumkan masih terlalu awal untuk kaitkan insiden itu dengan fenomena perubahan iklim.

SANTIAGO – Komuniti di Atacama di utara Chile teruja apabila melihat fenomena menakjubkan kawasan gurun paling tandus di dunia itu diselubungi salji.

“Ia sangat luar biasa, tanah gersang kini diselaputi hamparan salji,” menurut Balai Cerap Alma yang terletak kira-kira 2,900 meter (m) dari paras laut menerusi platform X pada Khamis.

Difahamkan, kemudahan utama balai cerap itu tidak mengalami salji sejak lebih sedekad lalu walaupun ia adalah perkara biasa di kawasan berhampiran di Dataran Tinggi Chajnantor yang terletak pada ketinggian melebihi 5,000m dan menempatkan teleskop gergasi paling canggih di dunia.

Sementara itu, pakar klimatologi University of Santiago, Raul Cordero berkata, masih terlalu awal untuk mengaitkan insiden itu dengan fenomena perubahan iklim dan keadaan itu diramalkan akan menjadi lebih kerap. – AFP

Scroll to Top