Penunggang basikal, Salman Farish akhirnya tampil memberi kenyataan rasmi selepas videonya yang membabitkan penunggang basikal dan seorang pemandu bas tular baru-baru ini.
Dalam satu hantaran di Instagram, beliau memohon maaf secara terbuka kepada semua pengguna jalan raya yang mungkin terganggu dengan tindakan atau video yang dimuat naik olehnya.
Saya, Salman Farish, ingin memohon maaf kepada semua pengguna jalan raya yang mungkin terkesan.
Saya akui tindakan saya mungkin menimbulkan ketidakselesaan, kekecewaan, atau ketegangan dalam kalangan orang awam.- Tulisnya.
Penunggang basikal akui kesilapan dalam pengendalian situasi…

Salman turut mengakui bahawa aktiviti berbasikal secara beramai-ramai, termasuk menunggang secara berkumpulan, boleh mengganggu pengguna jalan yang lain.
Dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan menyesal kerana tidak menunjukkan lebih banyak toleransi dalam kejadian tersebut.
Saya amat kesal kerana tidak menunjukkan toleransi yang lebih baik. Kekecewaan yang diluahkan ramai itu adalah sah dan saya dengar.- Tambahnya lagi.
Menurut Salman, dia dan beberapa penunggang lain telah pun disiasat oleh pihak berkuasa dan telah mengakui kesilapan mereka. Namun begitu, menurutnya, masih belum ada kata sepakat dicapai antara pihaknya dan pemandu bas terbabit.
Penjelasan mengenai niat sebenar perkongsian video…

Dalam sambungan kenyataannya, Salman menjelaskan niat asal perkongsian video itu bukanlah untuk memalukan atau menyasarkan mana-mana pihak, sebaliknya ingin mengetengahkan cabaran keselamatan yang dihadapi oleh penunggang basikal.
Mengakhiri kenyataan tersebut, Salman mengajak semua pengguna jalan raya untuk sama-sama menanam nilai empati, hormat-menghormati dan lebih berwaspada ketika berkongsi jalan.
Pssttt! Bila berada di jalan raya, kita semua ada tanggungjawab untuk saling menghormati tak kira kita di atas dua roda, empat roda atau pejalan kaki. Tindakan kecil yang tidak bertanggungjawab boleh beri impak besar pada keselamatan dan persepsi masyarakat.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



