London: Seorang akauntan yang membeli apartmen rekaan Versace bernilai 1.5 juta Pound Sterling (RM8.61 juta) di London, memfailkan tuntutan saman terhadap pemaju selepas mendapati unitnya tidak mempunyai tab mandi.
Wanita itu mendakwa dia dijanjikan ‘kemewahan tiada tandingan’ ketika membeli sebuah apartmen di bangunan yang digelar “Menara Versace”, susulan kerjasama antara pemaju dan rumah fesyen itu mereka bentuk bahagian dalamannya.
Menurut laporan The Telegraph, Mi Suk Park membayar deposit 381,000 Pound Sterling (RM2,186,726.64 ) untuk sebuah apartmen dua bilik dan satu ruang tempat letak kereta di bangunan 50 tingkat Aykon London One 50 di Nine Elms.
Dia memutuskan untuk membeli hartanah itu sebagai rumah utamanya dan suami apabila bersara.
Malah, wanita itu menjual rumah dimiliki sebelum ini pada 2019 untuk membeli apartment yang sepatutnya siap pada tahun 2020.
Namun, selepas apartment itu siap dan diserahkan lewat dua tahun dari jadual asal Park membuat aduan kepada Mahkamah Daerah Tengah London mendakwa salah satu bilik tidur lebih kecil, manakala satu daripadanya tidak mempunyai tab mandi.
Dia memfailkan sama lebih Rs 7.7 crore (700,000 pound), mendakwa apartment itu ‘berbeza secara material dan jelas daripada pelan dan penerangan apartmen yang ditunjukkan kepadanya sebelum membayar deposit.
Peguamnya, Nazar Mohammad berkata, apartmen di tingkat 29 itu adalah pembelian ‘off plan’ yang menghadap ke barat dan, apabila siap dibina, ia sepatutnya mempunyai dua bilik tidur dan dua bilik mandi, dengan tab mandi di dalamnya.
“Ia adalah susun atur pelan terbuka. Defendan menyediakan pelan yang dilampirkan pada perjanjian jual beli dan dia menandatangani pelan sama,” katanya.
Pemaju yang berpangkalan di Jersey, yang dimiliki syarikat induk di Dubai melawan tuntutan mahkamah dengan memfailkan saman balas, menuduh Park tidak menyelesaikan pembelian.
Rupert Cohen, yang memeriksa balas pemaju berkata, risalah itu menunjukkan contoh pangsapuri dan di bahagian atas setiap halaman, ia tertera ‘susun atur biasa’.
“Park enggan melengkapkan dan sebaliknya, dikatakan membatalkan kontrak melalui surat bertarikh 14 Oktober 2022.
“Selepas itu, defendan menyampaikan notis untuk disiapkan pada 22 November 2022 berikutan kegagalan pihak menuntut untuk melengkapkan notis penamatan pada 9 Januari 2023.
“Park memulakan prosiding undang-undang pada April 2021 dan kes masih berlangsung,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd