Sambut ‘birthday’ ke-35, Atikah Suhaime terkejut suami hadiahkan sejambak bunga wang tunai RM10,000

Sambut ‘birthday’ ke-35, Atikah Suhaime terkejut suami hadiahkan sejambak bunga wang tunai RM10,000

Pelakon Datin Atikah Suhaime menerima kejutan manis daripada suaminya, usahawan Datuk Lokman Teh apabila dihadiahkan sejambak wang tunai berjumlah RM10,000 sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35 pada Isnin.

Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, berkata sebelum ini dia sering mendengar nasihat supaya berkahwin awal, namun kini benar-benar merasai kemanisan alam perkahwinan.

“Dulu orang selalu pesan suruh kahwin sebab best, tapi tak tahu pula best sampai tahap macam ini. 35 dan RM10 ribu richer. Terima kasih baby, saya sayang awak sangat,” kata Atikah.

Aktres itu berkongsi pengalaman itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Isnin, termasuk video kenangan sebelum mereka berkahwin apabila Lokman pernah menghadiahkannya sejambak bunga mawar merah.

Bagaimanapun, kali ini suaminya tampil dengan kejutan berbeza apabila membawa sejambak wang tunai bagi menambah suasana romantik sempena hari lahir aktres berkenaan.

Atikah sempat berseloroh bertanyakan tentang mawar merah, namun Lokman menjawab dia hanya membawa jambangan wang tunai.

Artikel lain: Atikah Suhaime rasa gagal jadi ibu, anak terjatuh buaian elektrik

Untuk rekod, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2024 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh yang kini berusia setahun.

Kejutan romantik ini turut menarik perhatian netizen yang memuji keakraban pasangan berkenaan, sekali gus menjadi inspirasi kepada pasangan muda lain dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

Sumber: IG Atikah Suhaime

Scroll to Top